Ustaz Ahmad Suhaimi bin Yahya

Ustaz Ahmad Suhaimi bin Yahya

Malaysia

Biography

Berkelulusan Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Al-Azhar Mesir and Sarjana Syariah daripada Universiti Kaherah, Mesir dengan Kepujian Kelas Pertama. Beliau juga memperolehi sijil professional Certified Shariah Advisor and Auditor (“CSAA”) iaitu Penasihat dan Juruaudit Shariah bertauliah oleh Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (“AAOIFI”) di Bahrain dan Certified Shariah Advisor (“CSA”), ASAS.

 

Bertugas sebagai Ketua Serantau Syariah dan Tadbir Urus, CIMB Islamic Bank. Sebelum menyertai CIMB Islamic, beliau pernah bertugas sebagai Ketua Pegawai Syariah Hong Leong Islamic Bank, Ketua Pegawai Shariah Serantau, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad, Naib Presiden Kanan dan Ketua Bahagian Shariah di RHB Islamic Bank Berhad (RHBIB). Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 27 tahun dalam fiqh al-muamalat dan kewangan Islam. Beliau pernah berkhidmat di Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Beliau juga mempunyai pengalaman mengajar di mana pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”) sebelum bertugas di SC.

 

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Syariah, Central Bank of Oman, Pengerusi, Jawatankuasa Tadbir Urus Syariah, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Setiausaha, Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam Malaysia (ASAS), Penilai Teknikal untuk Chartered Professional in Islamic Finance (CPIF), CIIF, Ahli Lembaga Akademik Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) dan Ahli Jawatankuasa Syariah Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTM/MAINJ. Beliau pernah dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2010-2012, Ahli Panel Pakar Muamalat JAKIM 2016-2018 dan penasihat Shariah KFH Investment Co. di Kuwait 2014-2015. Di CIMB Islamic Bank, beliau adalah Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bank.

All sessions

Sesi 2: Pasca Moratorium: Cabaran dan Halatuju

  • 7 July, 2021
  • 11:30 - 13:30
X