Ust. Muhamad Nasir bin Haron

Ust. Muhamad Nasir bin Haron

Malaysia

Biography

Muhamad Nasir Haron kini bertugas sebagai Ketua Unit Syariah, Jabatan Perbankan Islam di MUFG Bank (Malaysia) Berhad. Sebelum menyertai MUFG Bank, beliau telah berkhidmat di Jabatan Shariah, Maybank Islamic Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad dan Jabatan Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan pemegang beberapa sijil bertauliah industri kewangan Islam seperti Certified Shariah Adviser and Auditor (CSAA) oleh AAOIFI dan Islamic Finance Qualification (IFQ) oleh Chartered Institutes for Securities and Investments, UK(CISI). Beliau kini sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (Perbankan Islam) di Institute of Islamic Banking and Finance (IiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana dan Sarjana Muda dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh di universiti yang sama. Beliau terlibat secara langsung dalam penstrukturan dan pembangunan produk-produk kewangan Islam seperti perbankan Islam komersial dan korporat, Sukuk dan produk berstruktur Islamik, produk perbendaharaan Islamik dan lain-lain. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan lebih daripada 30 kertas kerja persidangan, kertas penyelidikan, artikel jurnal dan bab dalam buku. Kajian beliau tertumpu kepada isu-isu berkaitan dengan perundangan Islam, ekonomi Islam, perbankan Islam dan pasaran modal Islam.

All sessions

Sesi 3 : Produk Inovasi Dalam Kewangan Islam

  • 14 October, 2020
  • 10:00 - 11:15
X