Encik Ahmad Mukarrami Ab Mumin merupakan Ketua Divisyen Syariah di RHB Islamic Bank sejak 2011. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-Undang dengan pengkhususan di dalam Undang-undang Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kepakaran beliau tertumpu kepada produk-produk pasaran modal Islam dan juga pasaran dagangan Islam, di samping berpengalaman luas dalam produk-produk perbankan Islam dan takaful. Beliau telah mengemudi RHB Islamic Bank sehingga berjaya merangkul beberapa anugerah dan pengiktirafan industri sebagai penasihat syariah. En. Ahmad Mukarrami turut bergiat aktif dalam menyumbang kepakaran sebagai pensyarah jemputan di pelbagai institusi pendidikan dalam dan luar negara.