Haji Zakariya Othman

Haji Zakariya Othman

Malaysia

Biography

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Hadis daripada Universiti Al-Azhar Mesir. Beliau sebelum ini adalah merupakan Ketua Penolong Pendaftar di Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) bermula dari tahun 2003. Hasil daripada jaringan hubungan yang baik serta dikenali sebagai seorang yang memiliki buah fikiran yang inovatif, beliau telah lebih 15 tahun dipinjam oleh kerajaan Negeri Kedah sebanyak beberapa kali bagi berkhidmat menerajui pembangunan negeri Kedah bersama-sama dengan ahli pimpinan kerajaan yang lain.

 

Kebolehan beliau dalam menyusun strategi urus tadbir yang berkesan sentiasa dikagumi pihak kawan dan lawan. Sebaik dipinjamkan ke Lembaga Zakat Negeri Kedah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi tempoh 4 tahun bermula tahun 2017, pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh beliau bagi membangunkan institusi zakat negeri ini seperti pelancaran Pusat Bekalan Makanan di seluruh Negeri Kedah, Penubuhan Sekolah Zakat (sehingga kini tiga cawangan telah berjaya ditubuhkan), Pelancaran Sijil Muzakki dan Logo Sahabat Zakat Kedah, Sistem real-time Zakat On Touch serta banyak lagi usaha demi mellihat kebajikan dan manfaat kepada semua golongan asnaf terbela.

 

Hasil inovasi yang dilakukan ini juga mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila beliau telah diangkat sebagai Deputy Secretary General, World Zakat Forum yang dianggotai oleh lebih 40 buah negara. Di peringkat kebangsaan pula, beliau telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bermula April 2021, beliau kini telah diperkenankan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah untuk berkhidmat secara tetap sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di LZNK. Dalam masa yang sama, beliau juga diberi amanah oleh KDYMM Tuanku untuk menyumbang bakti sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah serta Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Negeri Kedah. Beliau juga adalah penerima anugerah Kurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kedah sebagai Ahli Mahkota Kedah (AMK) pada tahun 2009.

All sessions

Sesi 4 : Crowdfunding: Sumber Kewangan Alternatif Ketika Pandemik

  • 8 July, 2021
  • 09:00 - 10:30
X