Mengenai Konferens Virtual

Tema: Kewangan Islam Kontemporari: Refleksi & Inovasi
Pengenalan
Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara kali ke-14 (MUZAKARAH-14) merupakan program tahunan anjuran Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA). Dalam usaha untuk mengekalkan semangat MUZAKARAH seperti tahun-tahun sebelumnya, MUZAKARAH-14 mengetengahkan tema Kewangan Islam Kontemporari: Refleksi & Inovasi. MUZAKARAH-14 mempunyai objektif seperti berikut:
- Menyediakan satu platform bagi membina perbincangan dan diskusi yang dinamik antara pihak yang berkepentingan dalam institusi kewangan Islam, khususnya para cendekiawan Syariah dan pengamal industri di Nusantara;
- Memupuk persefahaman, kerjasama serta sifat hormat menghormati daripada kalangan cendekiawan Syariah di Nusantara, justeru mengangkat dan mengembangkan potensi industri kewangan Islam di rantau ini;
- Melontar dan membahas isu-isu Syariah semasa yang dihadapi oleh industri kewangan Islam, khususnya dalam produk-produk inovasi dalam kewangan Islam, kad kredit Islam serta model leverage dalam subsidiari perbankan Islam; dan
- Membincangkan perkembangan serta isu-isu Syariah dalam inovasi teknologi kewangan (Fintech) bagi negara-negara serantau di Nusantara.
Sehubungan dengan itu, MUZAKARAH-14 akan menghasilkan sebuah resolusi yang akan dibawa pulang oleh delegasi daripada setiap negara serantau untuk dijadikan rujukan serta diimplimentasi di negara masing-masing bagi mengukuhkan sistem kewangan Islam di rantau Nusantara.
Tokoh-Tokoh Kewangan Islam
Antara Tokoh-Tokoh Kewangan Islam Nusantara Yang Menjadi Pembentang, Pendiskusi Di Muzakarah-14

Datuk Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour

Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin

Ust. Muhamad Nasir bin Haron

Dr. Shamsiah Abdul Karim

Ust. Ahmad Mukarrami Ab Mumin

En. Aria Putera Ismail

Dr. Rifki Ismail

Dr. Akhtarzite Abdul Aziz

Ust. Burhanuddin Lukman

Ust. Saiful Anuar Hambali

Prof. Madya Dr. Aznan Hasan

Dr. Yulizar Sanrego

Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah

Ust. Safie Fozi
13-14 October 2020 | eConference
ATURCARA PROGRAM
Sesi penyertaan dibuka
Bacaan Al-quran
Ucapan Alu-aluan: Pengacara Majlis
Rehat
Ucapan penutup daripada pengacara majlis
Sesi penyertaan dibuka
Ucapan Alu-aluan: Pengacara Majlis
Ucapan Alu-aluan: Tetamu Jemputan
Rehat
Ucapan Penutup: En. Mohd. Hasnol Mohd. Yunus, Pengarah Khidmat Korporat, ISRA
Ticket Price & Plan
Choose Your Package
COMPLETE
-
Attend and get access to all THREE e-conferences!
-
Save RM150 (33% off) with this package. (Normal Price: RM450)
ESSENTIAL
-
Choose a combination of any TWO e-conferences.
-
Save RM50 (17% off) with this package. (Normal Price: RM300)